Ahlan Wah Sahlan

Friday, September 10, 2010

Aku Seorang Dai'e???

Adakah Aku Seorang Dai'e
www.murabbi.net
Dihantar Oleh : ayuni
Editor: KAKLONG



Kitakah Pendakwah?.. Satu Muhasabah Jujur


Seorang Daie bersegera menunaikan Solat berjamaah apabila azan telah
dikumandangkan.


Sedangkan kita selalu melewatkan solat dan hanya sempat dengan saf beberapa detik sebelum Imam salam


Seorang Dai'e mewajibkan dirinya agar tetap membaca Al-Quran setiap hari walau sedikit.

Kita sering terlupa membaca Al-Quran dengan beralasan sibuk dan membacanya
sesekali setelah berlalu berhari-hari



Seorang Daie amat memerhati dan menjaga masanya, tidak diisi secara sia-sia
melainkan dengan sesuatu yang terancang dan bermanfaat.


Kita kurang memberi perhatian kepada masa, sering membuangnya dengan sia-sia dan melakukan banyak perkara secara kebetulan


Seorang dai'e selalu terasa dirinya diawasi oleh Allah, mengingati akhirat dan
mempersiapkan diri untuk menghadapinya.


Kita sering tidak terasa kebersamaan Allah, melupai akhirat dan kematian serta
kerap menangguh-nangguh amal dan taubat



Seorang Daie suka menghadiri halaqah ilmu, sangat mencintai ilmu dan Ulama
serta berlapang dada dengan teguran atau nasihat sebagai proses peningkatan diri


Kita cepat merasa cukup dengan ilmu yang ada, kurang bermotivasi dengan majlis ilmu dan sukar menerima teguran orang lain



Seorang Daie rumahtangganya dihiasi dengan biah solehah, persekitaran tarbiyah, hidup dengan sunnah dan ibadah serta meriah dengan hiburan Al-Quran
atau nasyid-nasyid Islami.


Kita rumah menjadi sarang syaitan, kosong dari gema Al-Quran, hambar dari ruh ibadat dan sunnah, penuh dengan maksiat, hiburan, tayangan-tayangan televisyen yang merosakkan akhlak


Seorang dai'e menguasai diri, rasional, berlaku adil terhadap sesiapa pun dan
menetapkan sesuatu dengan benar.


Kita sering dikuasai emosi dan marah sehingga membelakangkan keadilan, kebenaran atau kebaikan orang lain


Seorang Daie jiwanya dipenuhi cinta dan kasih sayang, mudah memaafkan, berjiwa
besar dan tidak pendendam.


Kita jiwa dirajai dengan benci, suka bermusuhan, sukar memaafkan, keras, kasar


Seorang Daie menjauhi riba, berusaha seupaya mungkin memastikan setiap urusan muamalat terpelihara dari unsur haram dan syubhat.

Kita mencari-cari alasan bagi mengharuskan terjerumus dalam riba, memandang remeh dan tidak sensitive dengan perkara yang haram maupun syubhat dalam muamalat


Seorang Daie memperuntukkan sebahagian harta yang dimilikinya walaupun sedikit untuk dana dakwah.

Kita tidak rasa pentingnya infak, tiada peruntukan untuk dana dakwah kecuali sekali sekala malah zakat (selain zakat fitrah)pun sering terabai


Seorang Daie tahu menguruskan kewangan dan sentiasa menyimpan di masa senang sebagai persiapan di masa kesusahan mendadak.

Kita boros, tidak membudayakan tabungan, suka membuat pinjaman dan tidak mengurus kewangan secara berhemah


Seorang Daie sentiasa berfikir, bangun, berdiri dan bergerak mengusahakan strategi demi strategi untuk menjayakan dakwah Islam.

Kita menunggu, menanti, mengharap keajaiban dan kebetulan dalam usaha menjayakan dakwah .



Medan berbicara berbeza dengan medan berfikir, medan amal berbeza dengan medan berbicara, medan jihad berbeza dengan medan beramal, medan jihad yang benar berbeza dengan medan jihad yang salah.


Sangatlah mudah bagi sebahagian besar manusia untuk berfikir. Namun tidak semua yang terdetik dalam benak fikiran mampu terungkap dengan kata-kata yang keluar dari lisan. Banyak orang yang boleh berbicara, tetapi amat sedikit di antara kata-kata ucapan itu tercermin dalam bentuk perbuatan. Masih banyak orang yang mampu berbuat amal, tetapi hanya sedikit yang mampu menanggung beban jihad yang begitu berat. Ada orang yang sanggup menanggung beban jihad, tetapi tidak ramai yang mampu berjihad dengan istiqamah!


Kesimpulannya, pendakwahkah kita?
Renungkanlah wahai hamba ALLAH yg lemah..

Saturday, September 4, 2010

PENZINA vs TINGGAL SOLAT (mana lg DOSA???)

Dosa Tinggal Solat Lebih Besar Daripada Zina

Pada satu senja yang lengang, kelihatan seorang wanita berjalan dalam keadaan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menunjukkan dia dicengkam kesedihan manakala kerudungnya menutup rapat hampir seluruh wajahnya.
 
Walaupun tidak bersolek atau memakai perhiasan lain di tubuhnya, kulitnya yang bersih, memiliki tubuh yang ramping dan rona wajah yang ayu, tetap tidak dapat menghapuskan kepedihan yang sedang membelenggu hidupnya.
 
Dia melangkah perlahan-lahan mendekati rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Apabila terdengar ucapan ‘silakan masuk’ dari dalam, wanita cantik itu melangkah masuk sambil kepalanya terus tertunduk.
 
Air matanya berderai ketika dia berkata: “Wahai Nabi Allah, tolonglah saya, doakan saya supaya Tuhan berkenan mengampunkan dosa keji saya,” “Apakah dosamu wahai wanita ayu?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut. “Saya takut mengatakannya,” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah, jangan ragu-ragu,” desak Nabi Musa.
 
Lalu wanita itu memulakan cerita, “Saya….telah berzina.” Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari penzinaan itu, saya pun…. hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya…cekik lehernya sampai…mati,” cerita wanita itu sambil menangis sekuat-kuat hati.
Mata Nabi Musa berapi-api dan dengan muka yang berang, dia mengherdik, “Perempuan jahat, nyah kamu dari sini! Supaya seksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
 
Mendengar herdikan itu, wanita itu pun segera bangun dan berlalu dengan hati yang hancur luluh. Ketika keluar dari rumah Nabi Musa, ratapannya amat memilukan. Dia terfikir ke mana lagi dia hendak mengadu kerana apabila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang betapa besar dosanya dan jahat perbuatannya.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

 
Tetapi dia tidak tahu bahawa sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun berjumpa Nabi Musa. Lalu Jibril bertanya: “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu ada dosa yang lebih besar daripadanya?”
 
Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?” tanya Nabi Musa kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang  nista itu?” “Ada,” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Nabi Musa lagi. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina.”
 
Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita itu untuk menghadapnya semula. Dia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohon ampunan kepada Allah S.W.T untuk wanita itu.
 
Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu ke atas dirinya. Bererti, dia seakan-akan menganggap remeh perintah Allah, bahkan seolah-olah menganggap Allah tiada hak untuk mengatur dan memerintah hambaNya.
 
Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan bersungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dalam dada, yakin bahawa Allah S.W.T itu ada dan berada di jalan ketaatan kepadaNya. Itulah sebabnya Allah pasti mahu menerima taubatnya.


sumber: http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2915

Tuesday, June 8, 2010

BETUL KE KITA BERIMAN???

Betul Ke Kita Beriman?
www.iluvislam.com
Oleh: ahmadnawab
Editor: RosNiza Abdullah


Pelbagai masalah yang menimpa umat Islam seluruh hari ini. Tidak kiralah dari segi apa pun sama ada sosial, politik, ekonomi dan segala macam sudut. Kita sebagai umat Islam lebih cenderung menyalahkan pihak lain di atas kelemahan kita sendiri. Bukan semua yang bersifat begini tetapi ada dalam kalangan umat Islam itu sendiri.

Saya cuba berkongsi pendapat saya bersama para pembaca artikel ini. Jika ada salah dan silap boleh ditegur dengan cara yang berhemah seperti mana yang diamalkan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W. Ini adalah sekadar pendapat peribadi saya, ianya adalah hasil daripada pengalaman hidup saya yang tidak seberapa ini.

Kita sambung kembali isu yang dibincangkan sebentar tadi. Sebagai contoh dan ini tiada kaitan dengan sesiapa, ramai umat Islam dewasa ini cukup prihatin dalam isu Palestin. Banyak juga pihak sama ada yang beragama Islam atau pun tidak yang telah membantu dari segi bantuan kewangan, pakaian, tenaga dan pelbagai lagi perkara yang dirasakan perlu untuk membantu rakyat Palestin yang menderita.

Tidak kurang juga yang sering berdoa supaya rakyat Palestin diselamatkan dan pihak yang menindas ke atasnya dihancurkan daripada muka bumi ini dan kalau tidak silap saya, doa-doa ini juga sering berkumandang di tempat yang makbul doa seperti di Tanah Suci Makkah dan juga Madinah.

Persoalannya,

Adakah Yang Maha Mendengar tidak mendengar doa kita?

Adakah Yang Maha Mengetahui tidak mengetahui hambaNYA sedang menderita?

Adakah Yang Maha Mengasihani tidak mengasihani hambaNYa?

Adakah Yang Maha Melihat tidak melihat kesengsaraan hambaNYA?

Adakah Yang Maha Berkuasa tidak berkuasa ke atas kekuasaanNYA?

Adakah Yang Maha Pencipta tidak dapat mengawal ciptaanNYA?

Tidak sesekali tidak kerana Allah itu Maha Sempurna tiada tolok bandingnya.

Wahai orang yang Islam, kita cuba lihat kembali dalam diri kita. Sememangnya nama kita Muhammad, nama kita Ahmad, nama kita Abu Bakar, nama kita Umar, nama kita Uthman, nama kita ‘Ali, nama kita Khadijah, nama kita ‘Aisyah, nama kita Fatimah tetapi adakah kita benar-benar beriman?





Apa itu iman?

Iman itu yakin.

Bagaimanakah perasaan yakin itu?

Seseorang yang yakin kawannya seorang yang amanah akan menceritakan rahsianya tanpa sedikit syak pun bahawa kawannya itu akan menceritakan rahsia tersebut kepada pihak lain.

Inilah yakin. Tiada syak. Tiada keraguan.

Di mulut yakin yang Allah itu Maha Melihat, tetapi masih melakukan dosa bersunyi diri.

Di mulut yakin bahawa Allah itu Maha Mendengar tetapi mulut masih seronok memperkatakan kelemahan dan aib orang lain.

Di mulut yakin bahawa Allah itu Maha Berkuasa tetapi masih merasakan diri sendiri yang berkuasa dengan meninggalkan solat. Bagi yang tidak meninggalkan solat, cuba ingat balik solat fardhu yang kita lakukan tadi, sempurnakah? Adakah menepati ciri-ciri solat yang khusyuk?

Puasa, bagi yang berpuasa, sempurnakah puasa kita secara batinnya? Pada zahirnya kita berpuasa,tapi batinnya?

Zakat dan haji, ini yang fardhu kalau ini pun tak buat, tak payah cerita la yang sunat.

Banyak lagi kalau ingin disenaraikan akan kelemahan sebagai KITA UMAT ISLAM. Lihat sahaja Rukun Islam kita yang lima.

Sejauh mana tahap keyakinan terhadap Allah S.W.T?

Sejauh manakah keimanan kita terhadap Allah S.W.T?

Hal ini berlaku kepada umat Islam seluruh dunia. Umat akhir zaman. Nak buat macam mana. Itukah jawapan kita?

Kita ibarat buih-buih di lautan. Banyak tetapi tidak bertahan lama. Orang yang lemah imannya akan terus mengikut arus. Orang yang sederhana imannya dapat menahan arus. Orang yang kuat imannya dapat melawan arus. Kita bagaimana?

Mungkin secara ikrar dan perbuatan menunjukkan kita beriman. Perkataan yang dituturkan oleh kita menampakkan seolah-olah kita orang yang beriman. Perbuatan kita melakukan solat, puasa, zakat,tulisan-tulisan kita di buku-buku atau blog-blog menunjukkan kita orang yang beriman walaupun kita tidak menyatakannya. Tapi di manakah hati kita?

Bukankah iman itu dicetuskan oleh hati, diikrarkan dengan lidah dan dibuktikan dengan perbuatan? Ketiga-tiganya mesti disekalikan. Hati, lidah dan perbuatan.

Hati kita belum yakin dengan ucapan keimanan yang kita ucapkan. Hati kita belum yakin dengan perbuatan keimanan yang kita lakukan.

BETUL KE KITA BERIMAN?

Penulis bukanlah seorang sangat kuat agamanya. Cuma ingin kongsikan pendapat yang kerdil ini. Harap dapat doakan untuk kesejahteraan iman saya dan umat Islam seluruh dunia.

Petikan dari artikel 
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2617

Monday, May 24, 2010

DAKWAH TEKNOLOGI

Oleh: Roslan Hamid   
TERTARIK benar penulis dengan penjelasan seorang tok guru dalam tazkirah di sebuah masjid berhampiran rumah penulis baru-baru ini bahawa dalam perkembangan teknologi komunikasi sekarang ini lebih mudah untuk seseorang mendekatkan dirinya dengan Penciptanya, Allah SWT.

Katanya, dalam telefon selular boleh dimasukkan cip bacaan al-Quran sebanyak 30 juzuk, jadi bolehlah seseorang itu menghayati bacaan al-Quran sepanjang masa dan di mana saja dia berada. “Tetapi janganlah dibuka dalam tandas,” beritahu tok guru.

Katanya, pada zaman serba canggih ini semakin mudahlah seseorang itu mendekatkan dirinya dengan Allah, namun keberkesanannya bergantung kepada individu juga; jika teknologi hebat dia hanya berminat untuk mendengar lagu-lagu penyanyi kesukaannya, maka gagallah dia mendekatkan dirinya dengan Allah.

Tok Guru berkata; “dah tua-tua ni janganlah terlalu berminat dengan suara Siti Nurhaliza lagi, bertaubatlah, gunakanlah kemudahan moden itu untuk mendekatkan diri dengan Allah. Hayatilah bacaan al-Quran, ketenangan akan kita perolehi.”

Bercakap mengenai penggunaan teknologi komunikasi dalam dakwah, berdasarkan pengalaman penulis mengikuti tazkirah dan kelas pengajian di masjid berbanding kursus umrah yang dianjurkan syarikat swasta, ternyata yang kedua ini selalunya menggunakan pendekatan multimedia mendatangkan kesan lebih mendalam kepada hadirin.

Pada kebanyakan kelas pengajian di masjid yang biasanya diadakan antara solat maghrib dan isyak, komunikasi adalah sehala, ustaz saja yang bercakap sedangkan jemaah mendengar saja. Jarang benar ustaz bersedia membuka soalan kepada jemaah.

Apabila berlaku komunikasi sehala, penulis perhatikan ada jemaah tersenguk-senguk, menandakan mereka tertidur tetapi pada persembahan multimedia ketika kursus umrah penulis mendapati hadirin begitu tertarik dan bersemangat sekali.

Teknologi komunikasi berkembang pesat, jadi tidakkah teringin pemimpin masjid meningkatkan kaedah penyampaian termasuk tazkirah dengan menggunakan alat bantuan multimedia seperti slaid Powerpoint dan skrin gergasi?

Berhubung perkara ini, Abdul Halim Ismail dalam majalah Risalah, Bilangan 4 (April 1992) antara lain menulis: “Dengan meningkatnya teknologi komunikasi canggih bermakna meningkatlah darjah persaingan antara pelbagai kelompok, badan dan pertubuhan serta organisasi-organisasi untuk memenangi hati massa.

“Kini badan perniagaan dan korporat, parti politik, agensi pelancongan, badan budaya dan pengusaha industri hiburan terlibat dalam perang maklumat (infowar) yang sengit sekali. Dalam kebisingan dan hiruk pikuk seperti ini, mesej agama selalunya menjadi terpencil dan tidak didengari. Apatah lagi kalau badan-badan dakwah dan gerakan Islam memilih untuk menarik diri daripada perlumbaan yang hebat ini, pastilah suara dakwah menjadi bertambah perlahan.

“Kita yakin bahawa mesej Illahi adalah perutusan unggul yang harus ditebar seluas-luasnya. Allah sendiri menegaskan, “siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang mengajak kepada Allah? (terjemahan al-Quran, surah Fussilat 41:33). Namun tanpa ikut serta dalam ‘technological leap’ yang pantas kini, dakwah akan hanya mampu menguasai ‘market share’ yang kecil sahaja seperti yang disebut dalam American Demographics, ‘God may not be dead, but the mass market is’.

“Walaupun survival gerakan Islam tidak banyak bergantung kepada teknologi maklumat komunikasi, tanpa impak daripada operasi dakwahnya yang merupakan raison d’etre kehadirannya bergantung besar kepada kaedah dan media yang dimanfaatkan.”

Berdasarkan pengamatan penulis, jemaah yang mengikuti kelas pengajian di masjid pada setiap kali adalah orang yang sama. Mereka mungkin terdiri daripada 20 orang daripada seluruh penduduk kariah atau kampung seramai 2,000 atau 3,000 orang.

Jika orang dewasa di kampung itu ada 2,000 orang, kehadiran hanya 20 orang menunjukkan betapa gagalnya pentadbiran masjid dalam mendidik orang Islam. Tentunya masjid gagal diimarahkan kerana dengan tidak hadirnya 1,980 daripada 2,000 penduduk lelaki dewasa atau lebih 99 peratus penduduk kampung bermaksud mesej Islam gagal disampaikan secara berkesan.

Jadi bagaimana mahu berkomunikasi dengan lebih 99 peratus penduduk itu? Tentunya kaedah tradisional di mana ustaz duduk menghadap 20 ‘murid tua’ itu perlu diperkemaskan agar seruannya dapat didengar dan dimanfaatkan oleh seluruh penduduk kampung.

Sebuah masjid di ibu kota (Masjid Sayidina Abu Bakar As-Siddiq di Bangsar) telah memulakan alat bantuan multimedia pada khutbah Jumaatnya. Dua skrin gergasi yang setiap satu bernilai RM6,000 diletakkan di sebelah mimbar, dan apabila khatib berkhutbah, persembahan slaid mengiringi isi khutbah, sekali gus menaikkan minat jemaah yang biasanya terkulai layu pada tengah hari yang panas itu.

Di beberapa masjid lain di Wilayah Persekutuan sudah ada persembahan Powerpoint bagi mengiringi khutbah Jumaat. Semuanya dilakukan dengan harapan jemaah akan lebih memahami sesuatu isu itu di samping mengelakkan mereka daripada terlena.

Alangkah baiknya, alat bantuan ini juga digunakan ketika diadakan tazkirah dan kelas pengajian di masjid. Pengurusan masjid juga boleh memikirkan bagaimana tazkirah itu dapat dipanjangkan kepada ratusan atau ribuan penduduk kariah yang tidak hadir berbanding dengan 20 jemaah tetap masjid.

Berdakwah kepada 20 ahli tetap masjid ini amatlah baik tetapi alangkah besar manfaat dan ganjarannya jika ribuan penduduk kampung dapat disampaikan ilmu dan maklumat. Memang betul, anak murid perlu mencari guru tetapi alangkah beruntung jika kita dapat memanfaatkan teknologi komunikasi yang kini berada di depan mata untuk menyeru seluruh penduduk ke arah kebaikan.

Bayangkan apa yang dapat dilakukan sekiranya organisasi dakwah mempunyai ‘linkage’ rangkaian telekomunikasi dengan setiap rumah dengan data dan maklumat yang sedia dimanfaatkan oleh semua pihak.

Ya, apa kata kita wujudkan telekomunikasi antara masjid dengan rumah penduduk dalam sesebuah kariah itu. Dengan itu apa saja sesi tazkirah di masjid boleh diikuti di rumah, tetapi harap-harap ia tidak disalahgunakan oleh penduduk lelaki dewasa untuk tidak hadir ke masjid.

Mungkin orang lelaki akan berterusan dipujuk ke masjid tetapi dengan wujudnya hubungan telekomunikasi masjid-rumah itu boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan perempuan terutama suri rumah yang terlalu sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga.

petikkan dari : ttp://www.harakahdaily.net/v2

Tuesday, February 16, 2010

JOHOR dah amalkan tak ada perarakkan MAULUD

Saya tertarik dengan isu semasa yg berkaitan tentang perarakkan Maulidur Rasul pada 12 Rabiul Awal.
Untuk makluman saudara, negeri Johor sudah lama tidak mengdakan perarakkan maulidur rasul (lebih 4 tahun) namun sambutan utk memperigati Rasul junjugan mulia kita disambut dgn diadakan cermah2 di masjid jamek daerah di Johor.

Saya hairan kenapa bilamana kerajaan negeri Pulau Pinang ingin membatalkan perarakkan dijadikan isu utama padahal perarakkan itu adalh bidaah hasanah yang kalau kita lihat di negara2 arab tidak pulak melaksanakan amalan ini.

Sy bukan nak mempertahankan tindakan kerajaan P.Pinang atau menyokong PR, namu kita perlu melihat sejarah dan apa asasnya diakan perarakkan. Isu perarakkan bukanlah 1 isu baru, amalan ini pernah dibahas oleh beberapa pesatuaan Islam yg melihat amaln ini sebagai satu bidaah yg tidak patut dilaksanakan.

1. Beberapa persatuaan Islam serta ulama' mengatakan amalan ini sebagai bidaah.(zmn nabi tak ada)
2. Amalan ini sama seperti pegingkut Syiah yang berarak sempena hari Asyura (kematiaan cucu Rasulullah) kaedah perlaksanaan berbeza.
3.Abu Lahab orang mula2 membuat perarakan demi meyambut kelahiran ank sedara (nabi muhammad)
4. Amalan perarakan maulud di Malaysia sudah menjadi ADAT bukanya IBADAT .

Kenapa ketika kerajaan negeri Johor tidak laksanakan, tidak dihebobkan pada media. Teryata ini ada unsur politik yg cuba dimainkan. Perkara SUNNAH yang nabi kita tak buat, sibuk dok kecoh2 apa yang nabi tak penah cakap pun. MARILAH kita menghayati perjuangan Rasulullah dalam menegakkan syiar Islam.
Semoga kita muhasabah diri kita sama2. Saya tidak menyebelahi mana pihak.Semoga kita sedar, apa yang patut kita amik sempena memperigati Rasullullah, Insya-Allah. Rasul ikutan kami.

sekian. wassalam

Ungkapan "SAYANG" kepada bukan mahram


SOALAN:
Dulu saya pernah meminta nasihat daripada seorang lelaki. Dia juga ingin mencari seorang lelaki soleh untuk saya. Kami selalu berhubung melalui telefon dan e-mel. Dia juga meminta biodata dan ingin tahu perwatakan saya. Sekarang, saya terkesan dengan setiap percakapannya. Dia pernah menyatakan dia menyayangi saya kerana ALLAH. Bolehkah seorang lelaki yang bukan mahram menyatakan sebegitu kepada saya? Bagaimanakah cara untuk saya menyelesaikan perkara ini?

JAWAPAN:
Tidak patut bagi mana-mana lelaki menyatakan hal ini kepada mana-mana wanita yang bukan mahram (individu yang boleh dinikahi) dengannya. la boleh menyumbang kepada fitnah hati kerana terpikat dengan kata-kata tersebut. Perbuatan seperti ini dilakukan oleh kebanyakan lelaki dengan niat yang baik, harapan dan istiqamah. Tetapi ia adalah cara yang salah dan haram disisi agama. Sabda Rasulullah s.a.w., "Dosa adalah apa yang terdapat di dada kamu dan kamu benci jika diketahui oleh manusia. " - Hadis riwayat Muslim: 4632.

Lelaki tersebut mesti menyembunyikan perkara ini daripada orang lain. Usaha untuk mencari jodoh yang baik amat digalakkan. Usaha ini akan dinilai oleh ALLAH. Tetapi janganlah kamu mengambarkan perwatakan kamu secara berlebihan padanya.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak boleh bagi seorang wanita bercampur dengan wanita lain, kemudian menceritakan halnya kepada suaminya seolah-olah suaminya dapat melihatnya sendiri. Hadis riwayat Muslim: 5240. Kamu boleh mengambarkan perwatakan kamu sekadar apa yang diizinkan syarak jika dia ingin melamar kamu, iaitu muka dan tapak tangan. Tapi ini dikhususkan bagi lelaki yang benar-benar ingin menikahi kamu. Lelaki tersebut pula perlu meminta nasihat orang yang berilmu atau orang tengah untuk melihat wanita yang ingin dilamar tanpa pengetahuannya (wanita tersebut).

Selain itu, kami nasihatkan agar kamu memutuskan hubungan dengan lelaki tersebut. Pohonlah keampunan daripada ALLAH di atas segala yang berlaku. Berwaspadalah ketika bermuamalat (bergaul). Jauhkanlah diri daripada fitnah yang boleh menjauhkan kamu daripada rahmat ALLAH. Untuk makluman kamu, wanita adalah fitnah bagi kaum lelaki. Oleh itu, jagalah peribadi kamu sebagai wanita solehah agar tidak menyebabkan orang lain terjebak dalam dosa.

Sabda Rasulullah s.a.w., "Tidak aku tinggalkan selepasku fitnah yang paling dahsyat ke atas lelaki melainkan fitnah wanita.” - Hadis riwayat al-Bukhari: 4706 dan Muslim: 4923.

Sabda Rasulullah s.a.w., “Dunia adalah sesuatu yang segar dan manis, ALLAH melantik kamu sebagai khalifah untuk melihat sejauh mana kamu boleh lakukan. Takutilah fitnah yang ada pada dunia dan takutilah fitnah yang ada pada wanita. Sesungguhnya fitnah pertama bagi Bani Israel ialah wanita.” –Hadis riwayat Muslim: 4925

(Sumber islamonline. net)

Wallahuaklam.

Monday, January 18, 2010

2 perkara yg bermakna.... buat ku

Assalamulaikum muslimin&muslimat

Sy amat tertarik 2 perkara yg sy terbaca dr berita harian keluaran 16hb Jan.
Bagi sy bnda ni amat menarik minat sy...dan amat bermakna untuk dikongsi bersama..

1) Polis penegak undang syariah

Benda ni tidak berlaku di Malaysia...tetapi berlaku di jiran kita iaitu banda Acheh.
Amat menarik apabila polis sendri yg melakukan pencegahan maksiat di sana.
Polis acheh, atau dikenali wilayatul hisbah segak beruniform dlm menegur umat yg melakukan perkara yg melanggar syariah islam.

Contoh bercouple atau dating....walaupun duduk berjauhan...namun digetur oleh pasukan wilayatul hisbah....supaya bersurai. Kerana melanggar syariah.

"Awak x malu kah berpakaian mcm ni" dan "balik rumah, tukar pakaian yg sopan" bait2 kata seorang polis terhadap wanita islam yg berpakaian seluar ketat serta tdk ikut syrait islam

2) Agama aspek pemilihan pemain bola

Hal ini amat baik jika ia berlaku terhadap pasukan bola sepak kita
rata2nya pemain bola sepak kita beragama Islam.


Namun fenomena ini amat berbeza di negara Mesir. Sebuah ngra Islam yg mempunyai penduduk teramai umat Islam yg memiliki 8 juta org Islam.


Amat menarik, jurulatih mesir, Hassan berkata ... untuk pemilihan pemain ngara itu mesti beragama Islam dan mesti tawaduk kepada Allah iaitu taat perintah Allah.


Ini permulaan baik bg menangkis pemikiran org berkaitan Islam dgn sukan. ini jelas menunjukan Islam boleh diamalkan di dalam semua sukan.

Saya amat berhrap 2 perkara ini dapat dijalankan di Malaysia....cuma kita perlu perubhan. insya-allah satu hari nanti terlaksana. Amin

Saturday, January 16, 2010

Salam Ukhuwwah @ Ziarah

Assalamualaikum semua.....

tanggal 16 Januari 2010, jam 4.45 ptg, sabtu........
ALLAHAMDULILLAH, akhirnya dpt jua sy menerbitkan blog sy.
walaupun blog sy x sehebat mana dgn shbt2 len.....namun bnyk bnd yg perlu sy blajo mecantikan blog sy ini...

Sy berharap ada shbt2 yg dpt tlong ajr sy mengenai blog.....maklum lah...kita ni ketinggalan zaman...hehe...

Salam ukhuwah dan ta`aruf yg bru atau mgenali sy.....

semoga ukhuwah yg terjalin kekal abadi :-)